Tekan Tubi
Aktiviti ini dapat membina daya tahan otot di bahagian bahu dan lengan. Teknik lakuan aktiviti ini berbeza bagi lelaki dan perempuan.
Teknik Lakuan
- Luruskan kedudukan badan.
- Selarikan kedua-dua belah tangan dengan dada.
- Turunkan keseluruhan badan secara serentak selari dengan lantai.
- Bengkokkan kedua-dua belah tangan lebih kurang 90 darjah dengan badan hampir mencecah lantai.
- Tarik nafas ketika menurunkan badan.
Daya tahan otot yang tinggi dapat melambatkan keletihan dan mengelakkan kecederaan semasa kita melakukan aktiviti atau bersukan.
.........................................................................................................................................................................
Bangkit Tubi
Aktiviti ini dapat membina daya tahan otot di bahagian abdomen.
Teknik Lakuan
- Baring dengan kedua-dua belah tangan disilangkan rapat ke dada.
- Letakkan kedua-dua belah kaki di atas kotak.
- Minta rakan memegang bahagian buku lali
- Hembuskan nafas semasa menaikkan badan.
- Bangkit sehingga kedua-dua belah siku menyentuh paha.
- Kekalkan kedua-dua belah tangan rapat ke dada.
- Tarik nafas semasa menurunkan badan.
- Turunkan badan sehingga separuh belakang badan menyentuh lantai.
- Elakkan bahagian bahu daripada menyentuh lantai.
...........................................................................................................................................................................
Aktiviti Untuk Meningkatkan Fleksibiliti
Lentik kucing
- Bersedia dalam posisi merangkak.
- Pastikan abdomen, punggung dan kepala dalam keadaan selari.
- Naikkan abdomen dengan merapatkan dagu ke dada.
- Turunkan abdomen dengan mendogakkan kepala.
.......................................................................................................................................................................
Melunjur secara berpasangan
- Lakukan aktiviti secara berpasangan
- Bersedia dalam posisi duduk melunjur.
- Buka kaki sederhana luas.
- Hulurkan tangan sambil memegang bola.
- Tolak bola ke hadapan kepada rakan sejauh mungkin.
- Kekalkan kedudukan tersebut selama 10 saat.
- Ulang perlakuan secara bergilir-gilir
.......................................................................................................................................................................
Pelbagai Aktiviti Untuk Imbangan
Aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan mengimbang adalah seperti imbangan skala sisi statik, imbangan skala sisi dinamik dan imbangan skala "Y"
Imbangan Skala Sisi Statik
- Berdiri tegak. Rapatkan kaki dengan tangan di sisi.
- Angkat sebelah kaki ke sisi sambil merendahkan badan perlahan-lahan ke satu sisi lagi.
- Luruskan lutut.
Imbangan Skala "Y"
- Berdiri tegak. Rapatkan kaki dengan tangan di sisi.
- Angkat sebelah kaki perlahan-lahan sambil mengimbangkan badan.
- Pegang pergelangan kaki yang diangkat setinggi yang termampu.
- Kekalkan posisi ini seketika. Ulang lakuan dengan menukar kaki.
No comments:
Post a Comment